Covid-19: Satu kematian, 255 positif di Sarawak hari ini

KUCHING: Warga emas lelaki berusia 77 tahun daripada Kluster Geronggang di Sibu menjadi korban ke-81 Covid-19 Sarawak hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), mangsa yang disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu turut mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia dan sejarah strok.

“Sementara itu, hari ini terdapat 255 kes baharu positif Covid-19 menjadikan keseluruhan kes di seluruh negeri ini meningkat kepada 9,374 kes.

“Daripada jumlah tersebut, Daerah Sibu kekal terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 106 kes, Selangau (27), Miri (26), Kapit (22), Bintulu (13), Kuching (12), Betong (11), Kanowit (9), Sri Aman (8), Dalat (5), Bukit Mabong (5), Bau (4), Pusa (2), Saratok (2), Meradong (1), Sarikei
(1) dan Subis (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, JPBNS memaklumkan hari ini terdapat 242 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj, manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan seramai 2,397 orang.

“Hari ini, 256 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiga PUI masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambah JPBNS.

Suara Sarawak