KUCHING: Satu lagi kes kematian melibatkan jangkitan Covid-19 di Sibu dan 70 kes positif Covid-19 dicatatkan di Sarawak, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes kematian ke-34 itu merupakan kes positif ke-1,745 yang melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 74 tahun.
“Kes mendapat rawatan di Hospital Sibu pada 17 Januari lalu kerana mengalami kesesakan pernafasan dan saringan calitan kes adalah positif Covid-19.
“Kes turut mempunyai ko-morbid penyakit gout. Keadaan kesihatan kes merosot dan meninggal dunia pada 26 Januari lalu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama di sini, hari ini.
Mengulas mengenai 70 kes positif Covid-19 hari ini, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sebanyak 34 kes dikesan di Sibu, Dalat (10), Bintulu (9), Kanowit (7), Betong (4), Miri (2), Serian (2), dan satu kes masing-masing di Kuching serta Bau.
Katanya, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 3,774 kes.

Umat Islam di Malaysia mula puasa esok
KUCHING: Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa esok,