KUCHING: Daerah Sibu dan Kuching diisytiharkan sebagai zon merah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan daripada 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah Sibu dan 41 kes dikesan di daerah Kuching dalam tempoh 14 hari lepas.
Daerah Selangau dan Sebauh pula telah bertukar status hijau kepada kuning setelah satu kes positif Covid-19 jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas di kedua-dua daerah itu.
Manakala daerah Samarahan, Miri, Sibu, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Sementara, terdapat 30 buah daerah yang lain di Sarawak masih berada dalam status hijau.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my