ARTIKEL

Covid-19: Sri Aman kini berstatus merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes jangkitan baharu Covid-19 di Daerah Sibu, Betong, Kuching, Bintulu dan Kapit telah menunjukkan trend penurunan pada minggu ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas,.

Menurutnya yang juga Timbalan Ketua Menteri, keadaan jangkitan di rumah panjang di Sarawak juga menunjukkan trend menurun.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 320 buah rumah panjang telah di ‘lockdown’ bagi tujuan mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Setakat hari ini hanya 56 buah rumah panjang masih dalam arahan sekatan, manakala 264 buah telah diberi pelepasan setelah didapati kes jangkitan dalam keadaan terkawal,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan berkaitan, ujarnya Daerah Sri Aman telah bertukar daripada status jingga kepada merah setelah mencatatkan sejumlah 49 kes jangkitan tempatan.

“Ini menjadikan keseluruhan 12 daerah berstatus merah, manakala tiga daerah kekal berstatus jingga.

“16 daerah kekal berstatus kuning dan sembilan daerah kekal berstatus hijau,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU