Covid-19: S’wak rekod 407 kes baharu tertinggi setakat ini

KUCHING: Sarawak hari ini merekod kes positif baharu Covid-19 tertinggi dengan 407 kes, sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia hari ini, jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,820 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut 138 kes melibatkan tahanan di Depo Imigresen Semuja, Serian.

“Sementara itu, satu kematian baharu turut direkodkan hari ini melibatkan lelaki berusia 55 tahun di Hospital Sibu, mangsa tidak mempunyai ko-morbid, menjadikan keseluruhan 96 kematian dicatatkan di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, hari ini Daerah Serian merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 140 kes, Sibu (65), Miri (49), Betong (40), Bintulu (26), Sri Aman (23), Kuching (19), Samarahan (11), Kapit (10), Song (6), Subis (5), Meradong (4), Lundu (3), Julau (2), Kanowit (2), Dalat (1) dan Limbang (1).

“Sementara jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 34 kluster, daripada jumlah tersebut hanya 11 kluster melaporkan penambahan kes,” tambahnya.

Suara Sarawak