ARTIKEL

Covid-19 tidak patahkan semangat kibarkan Jalur Gemilang meskipun dalam skala kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Malaysia Peringkat DUN N.4 Pantai Damai disambut dalam skala sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bilangan peserta yang terlibat dengan acara sambutan juga dihadkan dan ia juga disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom.

Seperti kelaziman, sambutan kali ini di Tebingan Kampung Sourabaya Ulu turut melibatkan kibaran bendera Malaysia dan Sarawak sebagai semangat cintakan negara.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan pematuhan SOP yang ketat, sambutan kali ini dilangsungkan secara sederhana.

“Disebabkan keadaan pandemik yang masih tidak menentu sekarang, sambutan dijalankan secara sederhana dengan mematuhi SOP ditetapkan.

“Bilangan peserta yang terlibat juga dihadkan bagi mengelak perhimpunan secara besar-besaran,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, Hari Malaysia merupakan detik bersejarah buat tiga wilayah utama negara iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Bermula dari detik itu juga Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas, berdaulat dan maju pada masa sekarang.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang setia dan cintakan tanah air untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang kita kecapi selama ini.

“Sambutan Hari Malaysia juga adalah cerminan kepada perpaduan dimana penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan latarbelakang sosial,” ujarnya.

Menurutnya, ketika rakyat meraikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, negara juga sebenarnya masih berperang melawan Covid-19.

“Justeru, kita semua mestilah sentiasa berwaspada menghadapi ancaman wabak ini dengan sentiasa mengamalkan norma- norma baharu kehidupan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita tidak lagi boleh mengambil mudah mengenai ancaman pandemik ini dan kita perlu sentiasa berusaha untuk menjaga diri dan keluarga,” jelasnya.

 

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di