Covid-19: Tiga kluster baharu di isytihar di Sarawak, hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan terdapat tiga kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini.

Kluster tersebut melibatkan Kluster Jalan Main Bazaar di Daerah Sri Aman, Kluster Buluh Pasi di Daerah Meradong dan Kluster Sena di Daerah Miri.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kluster Jalan Main Bazaar Sri Aman merupakan satu kluster komuniti melibatkan sebuah keluarga dan merebak melibatkan pelajar sekolah di sebuah sekolah menengah di Sri Aman.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-9,908 seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 52 tahun yang telah dikesan melalui saringan pra-pembedahan di Hospital Umum Sarawak pada 1 Mac lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak