Covid-19: Tiga kluster baharu di tiga daerah

KUCHING: Tiga kluster baharu diisytiharkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri hari ini iaitu masing-masing di Daerah Miri, Sibu dan Sarikei.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, kluster Jalan Kingsway di Miri adalah kluster di tempat kerja yang telah dikesan melibatkan sebuah premis kerajaan di Jalan Kingsway, Miri, Sarawak.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes Ke- 13,157 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Miri pada 17 Mac 2021.

“Kes ini yang bekerja sebagai anggota penguatkuasa di premis tersebut mula mengalami gejala pada 12 Mac 2021,” katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati indeks kes ini kemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti di Daerah Miri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 1 Apr 2021

Suara Sarawak