Covid-19: Tiga kluster baharu dikesan di Miri, Bintulu dan Samarahan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini, telah mengisytiharkan terdapat tiga lagi kluster baharu Covid-19 di kesan di negeri ini melibatkan Daerah Miri, Bintulu dan Samarahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Kluster Jalan Gridbid, Miri adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di Jalan Datuk Gridbid, Lutong di Daerah Miri, Sarawak.

“Indeks kes kepada kluster ini ialah kes ke-12,979 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 16 Mac 2021 di Hospital Miri. 

“Indeks kes yang mengusahakan ladang sawit telah mengalami demam dan batuk sejak 10 Mac 2021 di Ulu Teru telah datang melawat anak beliau di Miri dan telah menghadiri majlis sosial (miring) yang telah diadakan pada 05 Mac 2021 di Kampung Pasir, Miri,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Menurut JPBNS, hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif kepada kontak rapat dan kontak kasual, tambahan 45 kes baharu telah dikesan positif Covid-19 manakala sejumlah 223 individu telah disaring.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mac 2021

Suara Sarawak