ARTIKEL

Croatia ingin dapatkan bekalan gas MLNG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Croatia berhasrat untuk mengimport isi padu gas tambahan dari negara Asia bagi membekalkan bekalan cecair gas asli (CGA) kepada negara bukan Kesatuan Eropah (EU).

Duta Besar Republik Croatia ke Malaysia, Dr Ivan Velimir Starcevic berkata usaha itu dilakukan jika kesepakatan tercapai menerusi perjanjiannya dengan Loji Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG).

“Croatia tiada masalah kekurangan cecair gas asli seperti negara Eropah lain, namun kami berhasrat untuk membekalkan bekalan CGA ini kepada negara bukan EU.

“Kami (Crotia) tidak mahu terlalu bergantung dan mengimport dari Amerika Syarikat (AS)yang selama ini membantu membekal CGA kepada negara negara Eropah setelah berlaku krisis peperangan antara Rusia dengan Ukraine.

“Sekarang ini, negara EU masing-masing melakukan pembelian individu dan berharap sesetengah negara-negara EU turut melakukan pembelian pukal bagi menjamin bekalan CGA pada masa hadapan,” katanya seperti dipetik oleh Ukas ketika lawatan ke MLNG dekat sini baru-baru ini.

Misi lawatan tersebut adalah untuk membeli atau mengimport isi padu gas tambahan dari negara Asia untuk simpanan masa hadapan serta membekalkan CGA di negara Eropah yang memerlukan.

Beliau turut mengalu-alukan pihak Petronas supaya membuka pejabat atau cawangan mereka di negara-negara EU terutama Croatia.

“Hal ini kerana pihak Croatia (termasuk EU) ingin mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Croatia,” jelasnya.

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan