ARTIKEL

Cuba curi kereta, warga asing dipenjara setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana cuba mencuri sebuah kereta.

Tertuduh Irwanto, 36, dari Indonesia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia cuba mencuri kereta Perodua Vios milik mangsa lelaki berusia 33 tahun yang diletakkan di hadapan sebuah cafe, kira-kira jam 11.45 malam, 28 Februari lepas.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Sekyen 511 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu melihat tertuduh masuk ke dalam keretanya dan cuba mencuri kenderaan tersebut.

Difahamkan, kereta pengadu tidak berkunci kerana bergegas hendak membantu mangsa kemalangan di jalan terbabit.

Tertuduh kemudian mengambil peluang tersebut hendak mencuri kereta pengadu dengan cuba melarikan kenderaan terbabit.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat kerana perlu mengambil kira berat kesalahan yang dilakukan dan keselamatan awam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Irwanto dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan dua sebatan kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau sebatan, jika disabit bersalah.

Hakim Afidah Abdul Rahman memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas tamat hukuman untuk dihalau keluar dari negara ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul