ARTIKEL

Cuba langgar, serang dan tumbuk polis, penganggur didenda RM2,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang sedang bertugas membuat rondaan keselamatan di Jalan Pustaka, Februari lalu.

Iskandar Roslan, 38, mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pustaka sekitar jam 11.55 pagi, 27 Februari lalu.

Menurut fakta kes, mangsa bersama rakan setugasnya membuat rondaan keselamatan di sekitar Jalan Pustaka terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai helmet.

Kemudian, mangsa mengarahkan sebanyak empat kali kepada tertuduh supaya berhenti di tepi jalan untuk diperiksa.

Namun, tertuduh enggan mendengar arahan lalu membuat provokasi memperlahankan motosikal di hadapan kenderaan pasukan polis.

Mangsa berhenti di tepi jalan lalu keluar daripada kenderaan namun ternampak tertuduh membuat pusingan U menuju ke arah mangsa dan rakan setugasnya.

Selain itu, tertuduh juga cuba melanggar mangsa tetapi sempat mengelak.

Bukan itu sahaja, tertuduh bertindak menyerang dan menumbuk mangsa sebanyak dua kali lalu berlaku pergelutan antara mangsa dan tertuduh.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami luka di bahagian kening mata sebelah kiri.

Tertuduh seterusnya ditangkap untuk tindakan dan selanjutnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini