Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Cuba seludup 1,693 liter diesel dengan tangki tambahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lima lelaki warga tempatan ditahan disyaki cuba menyeleweng minyak diesel menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan tangki tambahan.

MIRI: Cubaan sekumpulan lima lelaki menyeludup minyak diesel menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai tangki tambahan berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Miri.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 10.40 pagi di Morsjaya, di sini semalam menerusi Op Bersepadu bersama Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri.

Ketua Cawangan KPDNHEP Miri Azmi Jamil berkata, dalam serbuan itu, Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Miri dan PGA menahan empat buah kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai dengan tangki tambahan diletakkan pada ruang belakang disyaki untuk menyeleweng minyak diesel bersudsidi.

“Kelima-lima lelaki berumur 19 sehingga 50 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Kelima-lima yang ditahan gagal untuk mengemukakan permit khas daripada KPDNHEP untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, pihaknya menyita empat kenderaan pacuan empat roda bernilai RM207,000, tiga pam elektrik, empat tangki tambahan 1,693 liter diesel bernilai RM3,639.95, dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM210,639.95.

Baca lain  Van terbakar 20 peratus

“Manakala stesen minyak yang terbabit pula telah digantung operasinya serta-merta sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu diesel bersubsidi tanpa kebenaran Pengawal dan dibaca bersama seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, siasatan ke atas stesen juga sedang dilakukan dibawah Peraturan 21 PPKB 1974 sama ada melanggar syarat khas lesen.

Katanya, orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP berserta maklumat yang lengkap melalui WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP, Pussat Arahan Penguatkuasaan (ECC) dan talian 03-8882 6088/ 6245.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru