Cubaan eksport limpa ikan bernilai RM360,000 tumpas

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan eksport sebuah kotak mengandungi limpa ikan dianggarkan bernilai RM360,000 di pusat pemeriksaan MAS Kargo Lapangan Terbang Sibu, Selasa lalu.

Pengarah Kastam Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, bungkusan terbabit dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan bersama Unit Kargo Udara sekitar jam 11.40 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati barang itu telah diikrar sebagai keropok di dalam dokumen penghantaran disyaki bertujuan mengaburi dikesan oleh agensi penguatkuasaan.

Suara Sarawak