ARTIKEL

RAMPASAN… Antara barang yang dirampas. *blurkan muka suspek.

Cubaan lelaki tempatan seludup 1,500 karton rokok gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar sebanyak 1,500 karton rokok pelbagai jenama anggaran nilai keseluruhan RM95,000 berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM), malam tadi.

Menurut kenyataan media TDM hari ini, rampasan dilakukan pasukan Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri ketika mengadakan rondaan di Pos GABMA Tebedu pada jam 10.30 malam.

“Lokasi rampasan adalah 2.4 kilometer (km) dari Pos GABMA Tebedu di tapak Gudang Lama iaitu lorong tikus yang telah dikenal pasti kira-kira 900 meter dari sempadan negara,” kata kenyataan itu.

Tambahan kenyataan TDM, ketika kejadian pasukan keselamatan telah bertindak menahan van tersebut bagi pemeriksaan dokumen dan barangan yang dibawa.

Hasil pemeriksaan mendapati, van tersebut dipandu oleh lelaki warganegara Malaysia dengan membawa bungkusan berisi rokok untuk diseludup ke Indonesia.

“Sebanyak 30 kotak besar atau sejumlah 1,500 karton rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM95,000.

“Pada jam 12.52 tengah malam, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu dan kesemua barangan yang dirampas telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu