Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Cubaan lima tekong darat bawa masuk lima PATI ke Sarawak gagal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kesemua Pati dan Tekong ditahan pasukan tentera di kawasan ladang kelapa sawit, Lundu semalam.
Kesemua Pati dan Tekong ditahan pasukan tentera di kawasan ladang kelapa sawit, Lundu semalam.

LUNDU: Tentera darat berjaya menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba menyusup keluar dari negara dibantu lima tekong tempatan di kawasan ladang kelapa sawit, di sini semalam.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, kumpulan lelaki menunggang lima motosikal dalam keadaan mencurigakan itu ditahan kira-kira jam 1.45 petang ketika anggota seksyen sedang menjalankan rondaan.

“Setelah pemeriksaan dibuat, mendapati lima lelaki warga tempatan berusia sekitar 28 hingga 41 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa lima lelaki Pati warga Indonesia berusia 17 hingga 38 tahun untuk pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM61,141.55 melibatkan lima buah motosikal, wang tunai berjumlah RM 27,839.70, 15 buah telefon bimbit serta barang kemas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu tersebut bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak polis dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, hasil ujian saringan turut mendapati salah seorang daripada Pati tersebut positif Covid-19.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang