Cubaan seludup 51.9kg syabu dari Kuching gagal

SAMBAS: Tentera Nasional Indonesia pada Selasa berjaya menahan dua lelaki, seterusnya merampas 51.923 kilogram dadah jenis syabu yang dipercayai diseludup dari Malaysia untuk pasaran Indonesia.

Akhbar Pontianak Post melaporkan, tangkapan itu dilakukan di kawasan Sebunga, Aruk, setelah dadah tersebut dibawa masuk melalui jalan tikus.

Aruk merupakan kawasan yang bersempadan dengan Biawak, Kuching.

Memetik Ketua Penerangan Kodam XII Tanjungpura, Kolonel Inf Aulia Fahmi Dalimunthe, kedua-dua suspek
dikenal pasti sebagai Eius Patmawati, 43, dari Sanggau dan Muhamad Taufik, 29 dari Tabanan, Bali.

“Mereka dicekup anggota TNI yang baharu 17 hari melaksanakan tugas di sempadan.

“Ini kejayaan yang cukup besar pada tahun ini,” tambahnya.

Semalam, Pangdam XII Tanjung Pura, Mejar Jeneral Muhammad Nur Rahmad telah terbang ke Aruk, untuk memberi penghargaan kepada 20 anggota yang terlibat dalam kejayaan tersebut.

Turut hadir Bupati Sambas, Atbah Romin Suhaili.

Suara Sarawak