ARTIKEL

RAMPASAN…Cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah berjaya digagalkan TDM.

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris Parang di sini, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan MK PMTTD, sepasukan anggota Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) yang membuat tinjauan mengesan kenderaan jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu, kira-kira 2.50 pagi.

“Ketika kejadian, anggota sedang melaksanakan rondaan di Ladang Kelapa Sawit Empaling Kg Stass, lebih kurang 400 meter dari sempadan Indonesia dan menahan kenderaan itu yang cuba memasuki Indonesia menggunakan jalan tidak sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 22 dan 24 tahun telah membawa muatan sebanyak 53 kotak berisi lobak merah dianggarkan berjumlah RM3,180 untuk diseludup ke negara jiran,” katanya.

Sehubungan itu, kesemua hasil rampasan termasuk sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dianggarkan berjumlah RM 101,180 telah diserahkan kepada Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya.

Tentera Darat katanya, akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia.

“Ia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” jelas kenyataan itu.

TAHAN… Dua lelaki warga tempatan turut ditahan atas cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah ke Indonesia.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)