ARTIKEL

TAHAN…. Cubaan lelaki tempatan menyeludup keluar 340 bungkus bawang import India dipatahkan anggota 1 Divisyen Tentera Darat Malaysia.

Cubaan seludup keluar 340 bungkus bawang import India dipatahkan Tentera Darat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BAU: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar 340 bungkus bawang import India menggunakan sebuah lori di kawasan Ladang Sawit Empaling di sini berjaya dipatahkan pasukan tentera hari ini.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata rampasan dan penahanan dibuat oleh formasi 1 Divisyen yang membuat rondaan Op Awas/ Keris Parang kira-kira jam 11.45 pagi, pada jarak 400 meter dari sempadan Indonesia.

“Lori berkenaan dalam keadaan tertutup dan mencurigakan cuba memasuki negara Indonesia menggunakan jalan tidak sah.

“Hasil daripada pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan yang berusia 47 tahun telah membawa muatan sebanyak 340 bungkus bawang (import India) untuk diseludup ke Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia menyebut, kesemua hasil rampasan termasuk sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso dianggarkan berjumlah RM 158,960.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bau dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Kuching untuk tindakan selanjutnya.

BERITA LAIN

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu). Premier Datuk Patinggi Tan

LAMPU RAYA SERIBU

Aswandi Mohammad sanggup belanja RM1,000 untuk menghiaskan halaman rumahnya dengan pelbagai warna-warni lampu neon. Beliau turut membuat pintu gerbang berbentuk kubah masjid dan perkataan Salam

BERITA TERBARU