Cubaan seludup keluar minyak digagalkan

BINTULU: Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Bintulu berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 23,400 liter minyak petrol dalam Op Kontraban di tepi Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau berhampiran simpang Kampung Warisan Jepak, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Bintulu Ezuandi Bahadin berkata, sebuah lori tangki jenis Hino yang digunakan untuk membawa minyak petrol tersebut turut dirampas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui muatan minyak petrol Ron97 dan Ron95 masing-masing sebanyak 12,600 liter dan 10,800 liter di belakang lori tangki terbabit.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Suara Sarawak