Cubaan sogok polis gagal

KUCHING: Cubaan seorang lelaki tempatan memberi wang sogokan RM7,000 masih gagal untuk membuat polis melepaskan tangkapan terhadap 1,060 ekor burung Murai Batu bernilai RM855,000 di sebuah Jalan tersembunyi kawasan Tebedu, petang Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Supt Rosdi Inai berkata serbuan sekitar jam 1.30 petang itu awalnya menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun yang mengaku sebagai pemilik burung-burung terbabit di lokasi kejadian.

Menurutnya, serbuan dilakukan oleh 11 anggotanya bersama 8 pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum didatangi seorang lelaki berusia 30 tahun yang cuba menutup operasi berkenaan dengan wang tunai sebanyak RM7,000.

Suara Sarawak