ARTIKEL

BERKAS… Tiga lelaki tempatan berjaya diberkas polis.

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa.

Pemangku KPD Samarahan ASP Ahmad Rosul Abdul Rashid berkata, kesemua suspek yang merupakan warga tempatan itu berusia dalam lingkungan 33 hingga 38 tahun. 

“Kereta dinaiki suspek disedari memecut lari ke Jalan Kota Samarahan Expressway dan dikejar oleh sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dari IPD Kota Samarahan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut kata Ahmad Rosul, pasukan MPV IPD Kota Samarahan ketika kejadian turut dibantu oleh MPV IPD Kuching; unit rondaan bermotosikal (URB) IPD Kuching dan anggota ronda Balai Polis Tabuan Jaya.

“Turut dirampas kenderaan Perodua Bezza milik suspek berserta pelbagai peralatan untuk membuka kenderaan,” katanya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang