SEMATAN: Amalan menjaga kebersihan perlu dimulakan di satu peringkat, justeru sekolah dilihat sebagai tempat yang paling tepat untuk memulakannya, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan itu berkata demikian menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan galakan pelajar sekolah untuk membersihkan tandas sekolah.
Menurutnya lagi, sekolah bukan sekadar tempat bagi menimba ilmu, tetapi juga untuk membentuk sahsiah seseorang untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Ada ibu bapa atau penjaga yang mungkin beranggapan bahawa permintaan untuk pelajar membersihkan tandas sekolah sebagai satu perkara yang tidak masuk akal.
“Bagi saya, mereka (ibu bapa) yang tidak masuk akal. Mereka kata sekolah hanyalah tempat untuk menimba ilmu … cuci tandas juga sebahagian daripada pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Kem Komunikasi Belia (YCC) ke-11 anjuran Kelab Toastmasters Kuching di Kem Putra Sentosa, di sini, hari ini.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.