ARTIKEL

Cuepacs Sarawak setuju sesi persekolahan dibuka semula September depan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (Cuepacs) Sarawak bersetuju dengan keputusan membuka sesi persekolahan secara berperingkat bermula September depan selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa tiga.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat secara amnya.

“Kita yakin kaedah ini akan mampu mengembalikan kehidupan seperti dahulu dan semua murid berpeluang mendapatkan akses pendidikan dengan sebaiknya.

“Pada ketika ini, guru-guru sedang giat divaksin dan diberi keutamaan oleh kerajaan untuk semua semuanya selesai menjelang Ogos nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, pihaknya juga yakin dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini kerana para guru memberikan pendidikan terbaik melalui pelbagai kaedah mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kata Omar, kedua-dua pihak hanya perlu memberi fokus dalam pelaksanaan PdPR dan ibu bapa harus menerima hakikat bahawa pandemik ini melibatkan kesihatan serta mereka harus memberikan sokongan.

“Murid-murid hendaklah mengurangkan pergerakan di luar rumah dan pastikan segala tugasan serta kerja yang diberi dihantar serta rajin bertanya kepada guru masing-masing,” kata Omar.

BERITA LAIN

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta