ARTIKEL

Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Jan 2024 hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

“Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia.”

“Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.”

“Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024.

Mengenai program R.E.N.E.W anjuran Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu merupakan insiatif yang baik ke arah melestarikan alam sekitar. 

Beliau berkata program kesedaran mengenai minyak masak terpakai itu difahamkan berjaya mengumpul lebih 100 kilogram (kg) minyak masak terpakai semalam, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti setempat di sekitar Lembah Pantai terhadap aspek pengurusan minyak masak terpakai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Projek Khas dan Pembangunan Perniagaan iCEPS merangkap Penasihat Program R.E.N.E.W Shira Haniza. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

10 juta pelanggan, pengguna5G hampir 30 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan hampir 10.07 juta langganan perkhidmatan rangkaian 5G atau menyamai kadar penggunaan sebanyak 29.9 peratus setakat 31 Januari 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi

Cadangan untuk mendakwa pencuri kandungan berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang membangunkan sistem asas agar pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada