PELAKON Sophia Albarakbah luah rasa kesal apabila namanya kembali dipetik sebagai orang ketiga cuba meruntuh rumah tangga pasangan selebriti popular.
Tampil bersuara, Sophia, 30, menepis dakwaan itu dan memohon orang ramai berhenti mengaitkannya dengan tuduhan tidak berasas “Saya jarang merungut di media sosial tetapi ada sesuatu yang nak diluahkan.
“Kepada yang sebut dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal… bukan saya yang dimaksudkan, katanya,” tulis Sophia di Instagram miliknya, baru-baru ini.