Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Cukur rambut, tanda kasih dan sokongan kepada penghidap kanser

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
UNTUKMU ANAKKU…Gilis Jekiam (kiri) dan Muhammad Alfaizul Japar (dua kiri) memberi sokongan kepada anak mereka yang menghidap kanser dengan mencukur rambut sempena program GoBald 2023.

KUCHING: Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak mereka sebagai tanda kasih sayang dan pengorbanan mereka.

Muhammad Alfaizul Japar, 38, dan Gilis Jekiam, 43, mencukur rambut sebagai tanda sokongan terhadap anak mereka yang menghidap kanser sempena program kesedaran dan mengumpul dana, GoBald 2023 anjuran Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS), di pusat beli belah Viva City, hari ini.

KASIH SAYANG… Gilis Jekiam (kiri) dan Muhammad Alfaizul Japar (dua kiri) menunjukkan rambut mereka yang dicukur sebagai tanda sokongan dan kasih kepada anak mereka.

Anak kepada Muhammad Alfaizul, Farrel Putra Alfaiz, 15, disahkan menghidap tumor otak tahun lalu sementara anak Gilis, Dorothy Laura, 11, menghidap Lukemia Limfoblastik Akut.

Bercakap kepada media, Nurul Hasheila Hashim isteri kepada Muhammad Alfaizul berkata, keputusan suaminya untuk mencukur rambut adalah untuk menyokong SCCS.

“Ia juga sebagai tanda sokongan kepada anak bahawa dirinya tidak berkeseorangan berjuang dalam melawan kanser,” katanya.

Sementara Gilis berkata, beliau mencukur rambutnya sebagai sokongan kepada pejuang kanser yang lain bahawa mereka tidak keseorangan dalam pejuangan tersebut.

“Saya berasa bangga untuk menunjukkan anak saya yang menghidap kanser untuk memberi dia semangat lagi untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Baca lain  Shopee pasarkan produk S’wak

Program GoBald 2023 yang diadakan di pusat beli belah Viva City telah disempurnakan oleh Naib Presiden SCCS Dayang Juliana.

Program amal tersebut ditaja oleh Era Sarawak, MY Sarawak dan HITZ Sarawak, Ray’s Salon, Maison Monica Hair & Beauty Academy, Paul & Jennifer, Danny Hair Academy dan T2H Eternity Saloon, Micklong Bridal Studio, Aaron Soon Photography, Snail Photography, DK Photography, Village Sound and Orangutan Creation serta pusat beli-belah Viva City, Kuching dan pusat beli-belah Permaisuri Imperial City, Miri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru