ARTIKEL

Curi 7kg minyak masak di kilang pengeluar, lelaki dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana menceroboh masuk ke dalam kawasan kilang pengeluar minyak dan mencuri tujuh kilogram minyak masak.

Muhammad Akmal Junaidi, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di kawasan sebuah kilang pengeluar minyak masak Taman Perindustrian Demak Laut, sekitar jam 4.53 pagi, 20 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali

Menurut fakta kes, pengurus kanan kewangan merupakan pengadu kes dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa barang yang sepatutnya dihantar ke sebuah pasar raya mengalami kekurangan.

Barangan yang kurang termasuk dua kotak cecair sabun mandi serta dua kotak minyak masak masing-masing seberat lima dan dua kilogram.

Pengadu kemudian mengarahkan pekerja untuk membuat semakan terhadap rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan kilang terbabit.

Hasil pemerikaan CCTV mendapati seorang pekerja sambilan (tertuduh) telah masuk ke kawasan kilang dan mencuri barang-barang yang disimpan dalam lori terbabit.

Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama sekitar jam 7.30 malam.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,