ARTIKEL

Gambar hiasan

Curi beras dan telur, lelaki dipenjara dan didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri barang asas dalam sebuah pasar raya terkemuka, minggu lalu (15 September).

Muhammad Shahrul Nizam Abdullah, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dua kampit beras dan satu papan telur ayam milik sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Padungan, sekitar jam 1.14 petang, 15 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabit bersalah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, sekitar jam 4 petang, pengadu merupakan pekerja kedai dimaklumkan oleh pengurus kedai bahawa satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) salah seorang pekerja mereka telah mengeluarkan beberapa kampit beras dari tempat penyimpanan barang.

Pengadu kemudian menemu bual tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kanan berkaitan pengeluaran beras dan beberapa keperluan lain seperti yang dilihat dalam rakaman CCTV.

Tertuduh kemudian mengaku telah mengambil tersebut seperti dua kampit beras dan satu papan telur.

Laporan polis dibuat terhadap tertuduh untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapat tertuduh telah melakukan kesalahan mencuri barang-barang milik majikannya.

Difahamkan, hasil saringan air kencing tertuduh didapati positif dadah jenis Syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan