Curi elektrik, pemilik kedai berdepan denda sehingga RM100,000

SIBU: Pemilik sebuah kedai aksesori kereta tiga tingkat di Lorong Sawi di sini berdepan denda penalti sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun jika didapati bersalah mencuri elektrik.

Sarawak Energy Berhad (SEB) berkata, semasa operasi yang dijalankan bersama PDRM di premis berkenaan baru-baru ini, pihaknya mendapati kedai berkenaan mencuri elektrik melalui kabel paip yang disembunyikan di bawah tanah untuk mengelak dikesan.

“Kabel disambung terus dari saluran bawah tanah memintas meter elektrik yang mengakibatkan rekod penggunaan elektrik dicatatkan rendah.

“Pemeriksaan mendapati pemilik premis itu sepatutnya membayar lebih RM16,000 sebulan namun purata bil bulanan hanya sekitar RM900

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Apr 2021

Suara Sarawak