ARTIKEL

Gambar Hiasan

Curi kabel Telekom Malaysia, lelaki didenda RM2,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan atas kesalahan mencuri kabel di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan McDougall, Ogos lalu.

Mohamad Nor Ikmal Sapuan, 23, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri kabel Telekom Malaysia di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan McDougall, kira-kira jam 8 pagi, 31 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu dan rakan sekerjanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah bekenaan menyedari seorang lelaki sedang mencuri kabel di hadapan sekolah.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh pengadu berserta barang rampasan seperti sebuah kereta jenis salon, enjin pemotong kayu dan kabel yang dicuri sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mencuri wayar kabel milik Telekom Malaysia.

Baca lain  Rayuan ditolak, hukuman gantung pembunuh pembeli lada dikekalkan

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU