ARTIKEL

TANGKAP…Pasukan polis IPD Mukah berjaya menangkap suspek yang terlibat dalam kes kecurian motosikal.

Curi kenderaan di Mukah, dua pasangan kekasih ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Dua pasangan kekasih disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Mukah berjaya ditangkap, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun itu ditangkap pada jam 4.15 petang.

“Maklumat awal diperoleh daripada orang awam yang cuba menangkap suspek di jalan simpang masuk Politeknik Mukah kerana  cuba mencuri sebuah motosikal.

“Suspek gagal mencuri motosikal tersebut dan terus melarikan diri menggunakan kereta kancil berwarna hitam.

“Kenderaan suspek telah dikesan dan ditahan oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di Simpang Bukut, Jalan Mukah-Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Ujarnya, semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah palsu dan pernah dilaporkan hilang.

“Dua orang suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan awal, suspek turut mengaku terlibat dengan beberapa kes curi motosikal di kawasan Mukah dan Selangau.

Baca lain  PGA rampas rokok, minuman keras tidak bercukai bernilai RM240,000

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” jelasnya.

Sehubungan itu, dua suspek lelaki direman selama empat hari bermula hari ini hingga 3 Mac depan, manakala suspek wanita direman sehingga 29 Februari.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah Rizal, gambar pihak polis semasa membuat tangkapan telah tersebar di media sosial dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kerjasama orang ramai dalam membantu pihak polis amat dialu-alukan untuk menyelesaikan kes jenayah.

“Saksi kejadian boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Hafeez A. Razak (012-9677525) atau Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Mohamad Noor Kadren (014-8890399),” tambahnya lagi.

Suspek yang berjaya ditangkap oleh pasukan polis IPD Mukah.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,