ARTIKEL

Gambar hiasan

Curi meriam tembaga,tiga rakan dijatuhi penjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga rakan sejenayah masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mencuri dua buah meriam tembaga perhiasan milik sebuah hotel terkemuka di sini.

Chin Jin Yih, 34, Wan Osman Yamani Wan Adruce, 36, Hilton Jovi Harryson Lily, 28, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama melakukan kecurian dua buah meriam tembaga perhiasan milik sebuah hotel terbilang di Jalan Persiaran Ban Hock, kira-kira jam 2.25 pagi, 5 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, pada waktu kejadian, pengadu bertugas sebagai pengawal keselamatan terdengar bunyi di luar hotel lalu keluar untuk pemeriksaan.

Setelah keluar, dia mendapati dua buah meriam tembaga perhiasan di luar pintu kaca utama hotel telah dipotong dan hilang.

Pemeriksaan lanjut dilakukan, pengadu tidak menjumpai orang yang berada di kawasan tersebut kemudian dia memaklumkan kepada pekerja kaunter hotel untuk menghubungi pihak polis.

Laporan polis dilakukan untuk tindakan dan siasatan lanjut akhirnya ketiga-tiga tertuduh berjaya ditangkap di tiga tempat berasingan.

Rampasan barang kes turut dilakukan seperti dua buah meriam tembaga yang disembunyikan di dalam semak belukar, dan sebuah kereta jenis salon.

Hasil siasatan mendedahkan ketiga-tiga tertuduh telah mencuri barang terbabit berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang jelas menunjukkan perbuatan mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya