ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Curi motosikal, dua sahabat dipenjara setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri motosikal milik seorang lelaki berusia 44 tahun.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Hafiq Hassen, 28 dan Shahrizal Tanggal, 20, yang masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama melakukan kesalahan itu di sebuah bangunan flat, di Taman Sri Makmur, kira-kira jam 5.30 petang, 29 Ogos lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, pengadu yang meletakkan motosikalnya di tempat letak motosikal sebuah bangunan flat mendapati kenderaannya hilang dicuri.

Laporan kemudian dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan mereka dalam Ops Lejang pada 10 September lalu di Kampung Bintawa Ulu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya