HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Curi motosikal guna van, Geng Apik Setan akhirnya tumpas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ahsmon menunjukkan rampasan motosikal dan van yang digunakan oleh Geng Apik Setan untuk mencuri motosikal di sekitar Daerah Kuching.

KUCHING: Modus operandi licik Geng Apik Setan yang menggunakan van untuk mencuri motosikal akhirnya tumpas apabila empat ahli sindiket itu berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia 21 hingga 40 tahun itu ditangkap oleh pasukan khas Ops Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 20 September lalu serta turut merampas tiga buah motosikal dan sebuah van Toyota Hiace.

“Modus operandi mereka ringkas iaitu hanya mengangkat masuk motosikal yang dicuri ke dalam van dan terus membawa ke sempadan di Daerah Bau untuk dijual kepada rakan sindiket mereka dari negara jiran.

“Mereka mensasarkan motosikal jenama Honda C100, Honda EX5, Honda Wave, Yamaha Y15, Yamaha Lagenda dan Yamaha Ego,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata van berkenaan adalah milik sebuah syarikat iaitu tempat salah seorang ahli sindiket terbabit bekerja.

Justeru, katanya dengan penangkapan semua ahli sindiket terbabit yang aktif sejak awal tahun ini, pihaknya berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian motosikal di Daerah Kuching, dengan anggaran kerugian kira-kira RM60,000.

Menurut Ahsmon, kesemua ahli Geng Apik Setan itu adalah bekas ahli empat sindiket yang berjaya ditumpaskan sebelum ini.

“Kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan, samun dan dadah,” katanya sambil menambah ada yang mempunyai empat dan 15 rekod jenayah lampau.

Sehubungan itu, katanya sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Bubur lambuk

BUBUR lambuk merupakan juadah wajib yang mudah didapati di bazar