ARTIKEL

Curi motosikal, lelaki dipenjara satu tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri sebuah motosikal, September lalu.

Hasrollah Salleh, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Sri Aman bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 17 September lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri sebuah motosikal milik Neilly Amuk, 52, di sebuah premis makanan di King Center, Jalan Wan Alwi di sini, 17 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 17 September lepas sekitar jam 10 malam, pengadu mendapati motosikal yang diletakkan di hadapan premis makanan telah hilang dicuri.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pada hari yang sama, lebih kurang jam 12.45 petang sepasukan polis berjaya membuat tangkapan dan rampasan terhadap tertuduh di hadapan tangga bilik sewa.

Pengadu juga telah membuat pengecaman barang kes yang dicuri tertuduh berdasarkan rim tayar, bekas pelekat nombor pendaftaran dan pelekat tulisan putih “pengejar impian”.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU