Trending

Curi RM350 tabung masjid, lelaki didenda RM3,500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Padah curi wang tunai dalam tabung masjid berjumlah RM350 untuk tujuan peribadi, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Zairy Ahmad Zaidi, 33, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mengambil wang tunai tabung derma masjid di Kampung Buntal dua hari berturut-turut pada 6 Julai dan 7 Julai lalu, sekitar jam 3.08 petang dan 4.20 petang dengan jumlah keseluruhan RM350.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala, pertuduhan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 511 kanun yang sama kerana sekali lagi mencuri wang tunai tabung berkenaan di tempat yang sama sekitar jam 4.13 petang, 16 Julai lalu.

Syarifah Fatimah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama dan ketiga, manakala pertuduhan kedua dia dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru