Curi tiga guni sampel tanah di Bau

KUCHING: Warga Indonesia mengaku bersalah berada di Taman Negara Dered Krian, Bau tanpa kebenaran dan cuba mencuri sampel tanah di kawasan berkenaan, dihukum penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan semalam. 

Hakim Mahkamah Sesyen Marutin Pagan mengarahkan lelaki tersebut Lukas Baidie dihukum bermula 3 April lalu. 

Lukas mengaku bersalah bagi kesalahan pertama di bawah Seksyen 26(a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998. 

Bagi kesalahan kedua, tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 26(g) Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi, 1998. 

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 32(a) Ordinan yang sama. 

Ketika diperiksa, pasukan berkenaan menemui suspek sedang memunggah tiga guni yang mengandungi tanah. 

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 9 April 2021

 

Suara Sarawak