ARTIKEL

Curi wang bayaran pelanggan, wanita dipenjara tiga bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mencuri wang pembayaran pelanggan berjumlah RM668 milik majikan sebuah pusat kecantikan dan spa, seorang pekerja wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Margaret Sherli Johari, 24, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan ali.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM668 milik sebuah pusat kecantikan dan spa.

Dia melakukan kesalahan itu pada 17 November 2022 dan 14 Mac tahun ini di pusat berkenaan yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan penjara.

Zaiton menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi pertuduhan pertama dan satu bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pemilik kedai mendapati wang tunai sejumlah RM499 telah hilang dicuri orang pada 12 November 2022.

Kemudian, pengadu sekali lagi menyedari sekali wang tunai hilang sebanyak RM99 dan RM70 dicuri orang.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU