Trending

Cuti umum Aidilfitri Indonesia bermula 19 April

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri negara itu bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.

Selepas sebulan berpuasa, umat Islam negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam pada 22 April ini.

Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, perubahan itu dibuat untuk memberi peluang kepada rakyatnya mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan balik kampung atau dikenali sebagai mudik lebaran.

Dianggarkan seramai 123 juta rakyat Indonesia pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Balik kampung atau mudik lebaran merupakan perkara penting untuk rakyat Indonesia khususnya yang berhijrah di kota besar untuk mencari rezeki.

Hal ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun, jutaan manusia balik ke kampung halaman menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

10 pendaki masih lesap

AGAM: Beratus-ratus penyelamat Indonesia bergegas untuk mencari 10 pendaki yang

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru