Trending

Dadah berjumlah lebih RM1 juta berjaya dilupuskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Sejumlah 11,223.11 gram dan 3,413 biji dadah pelbagai jenis telah dilupuskan di Taman Pengurusan Sampah Bersepadu Kuching (KIWMP) Kampung Mambong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin berkata, tindakan tersebut merupakan pelupusan barangan kes siri pertama diadakan pada tahun 2020.

Menurutnya, barangan tersebut adalah barangan kes melibatkan 1,823 kertas siasatan polis yang telah selesai dan jatuh hukum di mahkamah bermula tahun 2010 sehingga 2019.

“Jenis dadah tertinggi iaitu Ketamin sebanyak 6,060.71 gram dengan nilai sebanyak RM909,106.50, diikuti syabu seberat 4,225.39 g (RM422,539.00), ganja seberat 916.21 g (RM45,810.50).

“Turut dihapus dadah jenis pil merangkumi Eramin 5 sebanyak 71 biji dengan harga RM1,065, pil ecstacy sebanyak 22 biji bernilai RM660 dan pil nospan bernilai RM3,413,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

TURUN… ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin(empat dari kiri) mengetuai sendiri proses pelupusan barangan kes dadah

Tambahnya, kesemua barangan kes hasil tangkapan pihaknya terhadap 12 buah daerah termasuk Kota Samarahan, Bau, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, dan Lawas.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa prosuder pelupusan barang terbabit dijalankan mengikut peruntukan di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara(PTKPN) D207.

Terdahulu, keseluruhan barangan kes dadah yang dilupuskan berjumlah RM1,382,594.00.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru