HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Dadah berjumlah RM1.2 juta dirampas, dibungkus dalam bungkusan teh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan memberkas seorang lelaki disyaki pengedar serta dadah jenis syabu yang disimpan dalam bungkusan teh berjumlah RM1.2 juta menerusi dua serbuan, di sini, Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Komisioner (CP) Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, suspek, 37, ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada serbuan pertama, kira-kira jam 1.05 petang, di dalam sebuah kereta di kawasan kediaman pangsapuri, Jalan Stutong Baru.

“Hasil pemeriksaan dijalankan oleh pasukan serbuan berjaya menjumpai dan merampas sebanyak 12 bungkusan seberat 12,447 gram disyaki mengandungi dadah jenis syabu di dalam kereta yang dinaiki oleh suspek.

“Hasil tindakan susulan tangkapan pertama, sekitar jam 1.30 petang dipandu arah oleh suspek, pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan di kediamannya dan menjumpai sejumlah 22 bungkusan seberat 22,676 gram dan satu paket plastik lutsinar mengandungi hablur kristal seberat 363 gram disyaki dadah syabu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Mohd Azman berkata, dadah seberat 35,486g yang dirampas boleh digunakan seramai 117,430 orang penagih dan boleh mencecah nilai RM3.5 juta jika dijual di pasaran.

Sementara beliau berkata, semakan rekod terhadap suspek didapati mempunyai dua rekod di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan tujuh rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Hasil ujian saringan awal kencing didapati positif dadah jenis ketamine dan benzo,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah syabu sejak pertengahan 2021 sementara dadah dikirim melalui perkhidmatan kurier oleh ahli sindiket yang berada di Semenanjung Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru