Dadah syabu: Dua suspek warga Malaysia dicekup polis Indonesia

KUCHING: Polis Indonesia telah menahan dua warga tempatan bersama tujuh kilogram dadah jenis syabu di hotel Jalan Ayani Pontianak pada 23 Ogos 2019.

Pontianak Tribun melaporkan, dua warga Malaysia berusia 25 dan 31 itu masing-masing berasal daripada Kampung Segedup dan Taman Malihah, Kuching.

Maklumat awal mendapati serbuan yang dilakukan di bilik hotel bernombor 806 menjumpai tujuh plastik kemasan Teh China bewarna kuning dipercayai syabu milik suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Dadah Negeri, Superintendan Hasnir Abdul Hamid mengesahkan bahawa terdapat tangkapan melibatkan dua individu Malaysia kerana memiliki dadah beberapa hari lalu.

“Maklumat awal mendapati dadah jenis syabu yang dimiliki oleh kedua-dua suspek bukan berasal daripada Sarawak.

“Kedua-dua suspek kini masih lagi dalam tahanan polis Indonesia,” jelas beliau ketika dihubungi, hari ini.

Dua suspek warga Malaysia dicekup bersama dadah jenis syabu(tujuh kilogram) di Indonesia

Suara Sarawak