Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Daerah Kabong dan Lawas kembali hijau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Daerah Kabong dan Lawas kembali hijau daripada kuning, hari ini selepas tiada kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, susulan daripada itu, jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada dua daerah.

Sejak 14 hari lalu, daerah Kabong dan Lawas masing-masing merekodkan satu kes jangkitan tempatan dan sekali gus menjadikan Sarawak tiada lagi daerah berstatus hijau.

“Jumlah daerah berstatus kuning pula menurun kepada 10 daerah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN memaklumkan daerah Tebedu bertukar kepada merah daripada jingga setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 27 daerah, manakala satu daerah masih berstatus jingga,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru