Daerah Kuching rekod tangkapan tertinggi penyalagunaan dadah

KUCHING: Daerah Kuching mencatatkan tangkapan tertinggi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di Sarawak sejak awal tahun ini.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, sejak Januari 2021, Sarawak merekodkan sebanyak 4,259 tangkapan hasil daripada 564 operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Agensi AntiDadah Kebangsaan Sarawak.

“Daripada jumlah tangkapan tersebut, daerah Kuching mencatatkan tangkapan yang tertinggi di Sarawak iaitu 1,157 orang diikuti daerah Bintulu (392 orang), daerah Sibu (329 orang), daerah Samarahan (325 orang) dan daerah Miri (317 orang).

“Mengikut jantina, 92.3 peratus tangkapan adalah lelaki (3,971 orang) dan 7.7 peratus adalah perempuan (331 orang) yang direkodkan sejak Januari 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Laporan Bulanan Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Penyalahgunaan Bahan terlarang (MIDS) di Bangunan Baitul Makmur II di sini, hari ini.

Suara Sarawak