Daerah Matu kembali kepada status hijau

KUCHING: Daerah Matu hari ini bertukar ke status hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Daerah Beluru pula bertukar ke status kuning setelah hanya melaporkan 20 kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari lalu.

“Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan 2,360 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lalu.

“Daerah Betong, Kanowit, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 160 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Menurutnya lagi, Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus kning dengan jumlah keseluruhan 73 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 lalu.

“Manakala 13 daerah lain kekal berstatus hijau.

“Dalam padai itu, PDRM mengeluarkan kompaun sebanyak 16 kompaun di daerah Padawan (5), Kuching (5), Sibu (3), Sarikei (2) dan Miri (1) kerana melanggar SOP,” ujarnya.

Suara Sarawak