Daerah merah dan hijau bertambah: 28 merah, 9 kuning, 3 hijau, 0 jingga

KUCHING: Daerah berstatus hijau dan merah masing-masing meningkat hari ini.

Daerah berstatus hijau meningkat apabila Telang Usan kembali hijau dari kuning setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada tiga,” kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, katanya daerah berstatus merah meningkat apabila Tatau bertukar daripada jingga setelah merekodkan sejumlah 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 28 daerah.

Manakala sembilan daerah berstatus kuning dan tiada daerah berstatus jingga.

Suara Sarawak