Daerah status merah di Sarawak menurun

KUCHING: Daerah berstatus merah di Sarawak menurun kepada 30 daerah setelah Daerah Lubok Antu kembali ke status jingga hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Daerah Lubok Antu merekodkan hanya 39 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sementara katanya, Daerah Beluru telah kembali ke status kuning dari status jingga setelah merekodkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Jumlah daerah berstatus kuning di negeri ini telah meningkat kepada tujuh daerah.

“Manakala, terdapat dua daerah berstatus jingga dan satu daerah kekal berstatus hijau,” jelasnya.

Suara Sarawak