ARTIKEL

Daerah Tebedu alami gangguan bekalan air mulai 8 malam ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seluruh Daerah Tebedu dijangka akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 8 malam ini hingga 6 pagi (Sabtu).

Menurut notis Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), ia bagi memberi laluan kepada kontraktor untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan pada injap pam di Stesen Pam Penggalak yang terletak di Bukit Binong.

“Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan ‘suction valve’, ‘discharge valve’ dan ‘non-return valve’,” katanya, hari ini.

Justeru, pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupknya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Bagaimanapun, JBALB akan memastikan gangguan ini dapat diselesaikan segera agar bekalan air kembali pulih secara berperingkat di kawasan terjejas,” jelasnya.

Hubungi pejabat JBALB Serian di talian 085-875319 (pejabat) atau 0133361566 (whatsapp) atau layari laman rasmi di https://jbalb.sarawak.gov.my/ serta laman sosial JBALB Sarawak untuk maklumat lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan