Daftar hari ini, siap hari ini

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menyasarkan 155 daripada 549 projek yang diamanahkan tahun ini
siap dalam masa tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Abdullah Juhaili berkata, projek tersebut meliputi projek rakyat iaitu projek Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang diusahakan oleh JTS.

Kata Abdullah, JTS diperuntukkan sebanyak RM277 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek tahun ini.

Sasaran JTS pada tahun ini memperkenalkan perkhidmatan pemohonan pendaftaran tanah yang siap dalam
sehari selepas dipohon.

Jelasnya, pendaftaran permohonan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini dan percubaan bagi perkhidmatan
tersebut dijalankan baru-baru ini.

“Dahulunya, pendaftaran permohonan tanah didaftar mengambil masa untuk disiapkan.

“Pada pertengahan tahun ini, Ketua Menteri bakal melancarkan perkhidmatan ini. Daftar hari ini, siap hari ini juga,” katanya.

Abdullah berkata, skim penempatan pada tahun lalu mencapai 92 peratus.

Beliau menambah, sasaran JTS pada tahun ini adalah untuk mewujudkan 1,200 lot kediaman di seluruh Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut hadir pada majlis apresiasi tersebut.

Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Len Talif Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri
Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak